Sunday, December 18, 2011

6 ATURAN SEX PERLU DI PATUHI ISTERI



Rutin hidup kita seharian punya aturan yang harus dipatuhi agar semuanya berjalan lancar dan semua pihak berpuas hati. Ini termasuklah dalam hubungan intim antara suami isteri. Sebenarnya biar sudah lama berumahtangga ada juga isteri yang tidak tahu peraturan paling asas ketika bersama suami di ranjang.

Berikut adalah enam aturan tersebut dan perlu dipatuhi para isteri.

1. Memberus gigi

Melihat mereka yang tidak bersih giginya anda boleh kegelian begitulah juga perasaan jika anda melakukan perkara yang sama. Mana mungkin memberikan kucupan mesra kalau terbayang gigi yang kotor dan terlekat pula sisa makanan di celahnya. Jadi sebelum berhubungan intim perhatikan aspek kebersihan ini. Pastikan mulut dan gigi anda bersih.

Bagi suami pula terutama yang kaki merokok, berkumurlah dulu sebelum bersama dengan isteri. sebabnya ramai wanita yang tidak tahan dengan bau asap nikotin yang terlekat pada badan dan mulut anda.

2. Jangan tunda buang air kecil

Sering kali berlaku, ketika pasangan berminat untuk berhubungan intim, ada yang terasa seperti hendak membuang air kecil. Meskipun sedang dirayu hebat oleh pasangan tapi sebaiknya janganlah menunda keinginan yang satu ini. Sebabnya ia pasti mengganggu tumpuan anda ketika bersama dengan pasangan.

Kalau tidur pun boleh terganggu jika terasa hendak membuang air kecil apatah lagi tatkala anda sedang melakukan hubungan seks. Kecuali jika keinginan itu datang setelah selesai bersama dengan pasangan.

3. Jangan menolak posisi baru

Biarpun pasangan mengajak anda mencuba posisi yang pada anda kelihatan aneh tapi jangan lah ditolak mentah-mentah. Tak salah anda mencuba selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama. Mana tahu ia bakal memberikan sensasi yang lebih. Setelah dicuba dan nyata anda tidak selesa, luahkan pada pasangan. sekurang-kurangnya pada masa hadapan aksi tersebut tidak lagi diulang.

4. Jangan tuduh suami tidak ‘perform’

Perkara ini memang akan membuatkan suami atau isteri tersinggung. Lelaki dikatakan sentiasa dahagakan seks api ada masanya mereka tidak bersedia untuk melakukan hubungan intim ini.

Tidak bersedia ini tidak bermakna mereka hilang kekuatan atau punya masalah dengan seks. sama seperti wanita, lelaki juga akan sukar terangsang jika punya masalah, kepenatan dan banyak lagi. sekiranya suami mengalami situasi ini maka sebaiknya tunda dulu hubungan seks.

5. Elak pura-pura puas

Demi menjaga hati suami, ramai isteri berpura-pura puas menikmati seks walaupun hakikatnya sebenarnya tidak. Tahukah anda kenapa perkara ini wajar dielak? Sebabnya kalau anda berpura-pura puas atau orgasma, suami tidak akan belajar cara memuaskan diri isterinya.

Dia akan berfikir dengan usaha yang dilakukan itu, anda sudah pun puas walhal sebenarnya ia masih jauh dari apa yang anda inginkan. Akhirnya anda sebagai isteri juga yang rugi. Sebaiknya jujur saja dengan pasangan kalau anda tidak puas, begitu juga kalau anda puas menikmatinya.


6. Jangan lakukan seks ketika haid

Ini memang tidak boleh!!! Agama sendiri melarangnya. Ada sebab mengapa tidak dibolehkan. Selain tidak selesa ia juga tidak sihat. sebabnya ketika haid, cairan pencegah jangkitan yang dihasilkan semula jadi oleh vagina diganti oleh darah.

Sebarangkemasukan pada alat sulit wanita itu juga akan menyebabkan aliran darah haid berpusing balik dan menimbulkan infeksi pada rongga pinggul. Walaupun pasangan begitu menginginkan seks ketika ini, mintanya dirinya bertahan.

0 comments:

Post a Comment