Hidup sebagai selebriti benar-benar memberikan tekanan hebat kepada Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apek oleh peminat-peminatnya.
Dihimpit dengan pelbagai kontroversi semenjak putus tunang dengan Elia, kemudian tersebarnya gambar Apek dan Dahlia Teck bercuti bersama di Singapura. Selepas itu, tersebar pula gambar Apek menyambut harijadi Dahlia Teck di Changkat dengan gambar yang mempunyai minuman keras. Tidak habis disitu, baru-baru ini timbul pula beberapa keping gambar mesra Apek dan Shida Harmi di beberapa buah laman hiburan tempatan yang semuanya terjadi sebelum Apek menghadapi perlawanan bolasepak penting.
Dikhabarkan dari sebuah blog tempatan, semua ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Khairul Fahmi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan banyak kali mengharumkan nama negara di mata dunia.
Disebabkan kontroversi yang melanda, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun.
“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas.
“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,”ujar Apek ketika ditemui.
Dia yang ditemui di majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 turut menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan satu jaringan penalti ketika bertemu Indonesia di Sukan Sea Indonesia dan memberikan pingat emas buat kali kedua berturut-turut untuk Malaysia.
Untuk pengetahuan, Khairul Fahmi Che Mat juga berjaya merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali kedua selepas membantu Kelantan memenangi Liga Super pada musim lepas.
Alahai Kalau la Apek Nih Bersara Awal Sayang Betul La kan Tapi Tu la Kesian Dia Pihak Ke 3 Nak Menjatuhkan Jerk. Ape Pun Lu Tetap Terbaek Bro..
0 comments:
Post a Comment