Thursday, December 22, 2011

BAYI KEMBAR KEPALA DUA SELAMAT DI LAHIRKAN


BRAZIL - Bayi Berkepala dua yang dilahirkan seorang perempuan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.Bayi tersebut terpaksa dikeluarkan dengan cara pembedahan.Imbasan menunjukkan,walaupun bayi itu mempunyai dua kepala segala organ dalaman beliau berfungsi dengan sempurna.

wanita yang berusia 25 tahun itu tinggal di pedalaman Para didakwa mengalami sakit perut yang teruk dan tidak membuat pengimbasan sepanjang kehamilannya.beliau mengetahui beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya.

“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.

“Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos.

Tambah beliau,wanita itu tidak langsung menunjukkan keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.bayi tersebut disambut meriah oleh keluarga mereka.wanita tersebut kemudiannya diterbangkan menggunakan ambulan udara ke hospital pakar untuk periksaan lanjut.

Ini adalah bayi kedua berkepala dua dilaporkan di Brazil pada tahun ini,wanita sebelumnya Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. - Agensi


1 comments:

BOLEH TAK KAU OFF AUTOPLAY MUSIC NI? ANNOYING KAU TAU TAK?? PATUT LA BLOG KAU TAK PEMES

Post a Comment