Monday, December 19, 2011

DI ROTAN 40 KALI KERANA MEMAKAI SELUAR KE TEMPAT KERJA


Seorang wanita Sudan Lubna Ahmed al-Hussein muncul di sebuah mahkamah di Khartoum bagi menghadapi dakwaan dia memakai seluar panjang yang dilarang kerana ia merupakan pakaian bertentangan dengan agama Islam.
Jika disabit kesalahan dia akan dihukum sebatan sebanyak 40 kali mengikut undang-undang syariah.
Dia yang bertugas sebagai wartawan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan ditahan bersama sekumpulan wanita lain di daerah Riyadh di Khartoum di sebuah restoran pada Jun lalu.

Bagaimanapun, kes itu akan dibicarakan semula pada minggu depan setelah peguam belanya iaitu Nabil Adib Abdalla memohon penangguhan bagi memeriksa status kekebalan Lubna sebagai kakitangan PBB.
Selepas kes itu didengar di sebuah mahkamah, Nabil berkata, anak guamnya bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan PBB.
“Dia mahu menunjukkan dirinya tidak bersalah dan menggunakan imuniti tidak akan membuktikan anak guam saya tidak bersalah,” katanya.

0 comments:

Post a Comment