Friday, December 16, 2011

LARIAN BOGEL UNTUK ALAM SEKITAR


MANILA: Berpuluh-puluh lelaki berlari dalam keadaan berbogel di sekitar kampus sebuah universiti di bandar ini, menggesa ditingkatkan usaha bagi menyelamatkan bumi dan meningkatkan kebersihan sungai.

Aktiviti itu yang menjadi amalan tahunan di Universiti Filipina menyaksikan peserta berlari menerusi dewan dengan hanya memakai topeng untuk menyembunyikan wajah mereka dan membawa sepanduk menggesa langkah diambil bagi melindungi alam sekitar.


Kumpulan itu mengambil satu isu setiap tahun dan tahun ini mereka bergabung dengan kumpulan alam sekitar bagi membersihkan 20 sungai dan saliran yang tercemar di Manila.

Larian tahunan itu dikatakan bermula pada 1970-an apabila ahli kumpulan yang berbogel berlari sekitar kampus untuk membantah tindakan bekas Presiden Ferdinand Marcos menapis sebuah filem yang mengkritik pentadbirannya.


Orang ramai memenuhi dewan untuk melihat larian itu semalam walaupun tidak semua memahami mesejnya.


‘Apa juga yang mereka perjuangkan, saya rasa ia pasti didengar dan didedahkan. “Meskipun mereka mempunyai cara yang ganjil untuk menyuarakannya, sekurang-kurangnya isu itu dibangkitkan,” kata Mariel Abao, pelajar jurusan pelancongan. - AFP


0 comments:

Post a Comment