MIAMI, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa mangsa mula muncul bagi membantu polis untuk mengumpulkan bukti tentang perbuatan seorang lelaki yang menyamar sebagai pakar bedah plastik di negeri Florida.
Polis berkata, pakar bedah plastik itu, Oneal Ron Morris membahayakan keselamatan pelanggannya kerana menyuntik campuran simen, bahan kimia aerosol dan gam untuk membesarkan punggung dan bibir mereka.
“Kami menerima panggilan daripada beberapa mangsa dengan kebanyakan mereka ialah mak nyah, tetapi setakat ini terdapat dua kes yang disahkan,” kata jurucakap polis Miami, William Bamford pada Selasa lalu.
Menurutnya, selepas polis melakukan siasatan, Morris dan pembantunya, Corey Alexander Eubank ditangkap pada minggu lalu kerana menjadi pengamal perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan sebelum kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin.
Morris yang merupakan seorang mak nyah turut menyuntik dirinya dengan bahan beracun tersebut. – AFP
0 comments:
Post a Comment