Sinopsis cerita Tentang Dhia:
Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.
Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.
Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.
Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.
Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.
Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.
Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).
Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak? Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang Dhia , ( 28 episod 30 episod agaknya)di TV3 jam 7 malam.
Last episod 29hb Disember .
Ok sudah dapat episod akhir Tentang Dhia
Dhia dipanggil berjumpa Ku Mariam, di hadapan Zikir, Ku Salmi dan Zetty, Ku Mariam bertanya dan meminta Dhia memilih, samada ingin di ceraikan atau di madu, setelah dia gagal memberikan zuriat kepada Zikir.
Apabila Dhia sedar Zikir yang tidak mengindahkannya, Dhia tawakal, bersetuju untuk di madukan.
Zikir tergamam dengan keputusan Dhia. Manakala Ku Salmi senyuman puas. Akhirnya dia dapat memporak porandakan rumahtangga Dhia. Niat untuk kahwinkan Zikri dengan Rose hampir tercapai.
Azmi dan Raffi sangat marah apabila mengetahui yang Dhia akan di madukan. Mereka bertindak untuk menyerang Zikir dan keluarganya.
Zikir mula bertanya pada Dhia, apakah rahsia yang selama ini terpendam, mula lah timbul cerita, bila Zikir mengetahui yang Ku Salmi mengunakan khidmat bomoh.
Azmi, Raffi, Melly muncul di rumah Dhia. Mereka bertengkar dan marah2.
Zikir enggan berkahwin dengan Rose. Ku Salmi menguggut tak nak mengaku Zikir anaknya, dalam keadaan kalut dan tegang, Dhia muncul dan merelakan Zikir berkawin lagi kerana dia tidak dapat hidup lama.
0 comments:
Post a Comment