Gambar hiasan
CERITA BENAR - AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT - OLEH USTAZ
NAHRAWI MARZOKI
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya.
Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak
mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah manuju ke katilnya. Di
sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu.
Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali
melihat Jalal menggelepar kesakitan dan bordoa semoga Jalal cepat
sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan
kakinya terikat kemas di katil.
"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa
nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang
abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.
Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera
datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bungsu mereka itu.
"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan.
Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya
menakutkan dan menyedihkan.
"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt!
Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan
sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api
yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab
yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah
kami.
Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan
Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu
dengan ibunya?
"Panggil ibunya segera," kata saya.
Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma
terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
"Kenapa ni?" tanya saya.
Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja
meninggal dunia dua minggu lepas."
"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan
kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang
begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat
membantu," kata saya berterus terang.
Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya
semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu
insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan
kesakitan
Jalal.
"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."
"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,"
jawab salah seorang daripada mereka.
Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada
saya kisah yang sebenarnya-kisah yang cukup menyayat hati saya.
Menurutnya, Jalal adalah anak bungsu daripada mereka enam beradik,
empat
perempuan dua lelaki dan dikalangan mereka, Jalallah yang mempunyai
kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia
bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan
menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandan
rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki
ibunya.
Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang,
seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga
dia berumah-tangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal
meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk
mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan
sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat
mana pun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang
seterusnya
membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal
mula
meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama
hutangnya
semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumah-tangga
Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan
masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka
di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa
mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.
"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak
duit tu buat berniaga," katanya kasar.
"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adaik beradik kamu," jawab si
ibu.
"Ahhh, saya tak kira."
"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit ti nanti bukannya engkau
nak
buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.
Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak
membenarkannya
mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati
kecewa.
Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan
apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa
orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan
berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya
sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan
kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu
sedang ibunya terjelopok di lantai-rebah tidak sedarkan diri. Si ibu
segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana datal
melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya
meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.
bermulalah azab dalam hidup Jalal.
Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke
hospital
kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah
doktor
gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya maraung,
menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah
dia
meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab
yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya
dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat
apa-apakecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat
pelali untuk menidurkannya.
"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.
Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin
untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit
kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.
"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saha emak! Jangan bawa saya ke situ
emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit.
Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."
Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan
'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang
dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa
dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas
mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk
pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka,
"Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-allah nyawanya masih
panjang. Kalau tidak...". Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.
Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya
berdering.
"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.
Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal
begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya
semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan
Surah al-Asr, Sura al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna.
Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap
seketika. Masing-masing beristighfar dam membaca ayat-ayat suci
al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.
Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal.
Dia
mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil
seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga
najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis
menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaanya adalah seperti sesuatu
yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis,
organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar
secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut
keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya
kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan.
Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas
'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti
dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya.
Tamatlah riwayat seorang anak derhaka. Saya cuma mampu melihat dengan
gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama
sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat
mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal.
Seperti yang dijelaskan di dalam al_quran dah hadis, is datang dengan
menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas.
Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan
melihat orang menghadapai saat kematiannya, namun pengalaman
menyaksikan
sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan
yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan
keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar
sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali
Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih.
Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak
berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup
mengerikan
kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan
tangan
Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham
dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham
tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol
di
celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda
dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham,
jenazah di bawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah
tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah
negeri di pantai barat semenanjung.
Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa
Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat
shock absorbernye patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima
orang-mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan
kakaknya, pemandu serta seorang pembantu-boleh patah shock absorbernya?
Kelendan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha
Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan
teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai
masalah itu, satu lagi masalah timbul-tidak ada van atau kereta yang
berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong
yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat
kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang kerumahnya. Apa yang
membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi
kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham
sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa
Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga
kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak
mencukupi.
Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa
diambil dan ditambur ke atasnya.
Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga
Allahyarham.
"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."
"Apa masalahnya itu." tanya saya.
"Kubur adik saya berlubang ustaz."
Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak
yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan libang
itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut
bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang
menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya
dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.
"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang
tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.
Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya
memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang
membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah,
masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan
itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup
segar
sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari
kelima, saya menhubungi abang Allahyarham.
"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yasin dan
tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak
2
kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya
diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan
ulang doa itu sebanyak tujuh kali."
Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan
majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut
menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan
tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas
namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari
raya
aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam
ingatan
kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh
menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya,
ketika
itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan
anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.
Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun
keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan
iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.
Amin.
Sekian Wassalam.
SUMBER : MYMASJID
0 comments:
Post a Comment