Sunday, January 29, 2012

KELAYAKAN MEMOHON SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA




SARA 1Malaysia. Salam 1Malaysia dan salam sejahtera buat pembaca yang dihormati sekalian. Baru-baru ini Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai SARA 1Malaysia.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapat rendah. Perlaksanaan skim SARA 1Malaysia yang dilancarkan setelah diumumkan terdahulu oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2012 tahun lalu.

Melalui skim SARA 1Malaysia tersebut menurut Perdana Menteri, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sehingga RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

Kelayakan untuk memohon skim SARA 1Malaysia tersebut adalah seperti berikut:

Isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, hasil kombinasi pendapatan antara suami dan isteri atau ibu bapa tunggal.
Sekiranya mereka yang tidak mempunyai simpanan, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Peserta yang menyertai skim ini dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan sekiranya tidak membuat pinjaman. Jika meminjam, mereka tetap memperoleh imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas RM84 ditolak sebagai bayaran balik pinjaman.
Sekiranya mereka tidak mengambil pulangan yang diterima setiap bulan dalam tempoh lima tahun jumlah pendapatan keseluruhan para peserta skim terbabit boleh mencecah sebanyak RM13,000.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini anda bolehlah dapatkan di mana-mana cawangan Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran anda. Borang permohonan akan dikeluarkan pada 30 Januari 2012.

Selain itu juga anda bolehlah melayari laman web rasmi SARA 1Malaysia.

Anda Mungkin Suka Tudung Kak Senduk!

Gamba Bogel Ker Nih!

Di Rogol Gambar Di Rakam!

Kisah Malam Pertama Panas!

0 comments:

Post a Comment